“Lain daripada yang lain”, Fattah Amin & Diana Danielle teraju siri original Viu, GANJIL
Apakah maksud pertemuan dia alam mimpi?
GANJIL mengisahkan Amry (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle) yang bertembung di dalam mimpi mereka dan tanpa disangka satu mimpi mereka bercantum menjadi satu.
Tanpa menyedari kewujudan satu sama lain di alam nyata, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik.
Lebih menarik, GANJIL juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.
Mendapat sentuhan Datuk Yusry Abdul Halim yang terkenal dalam penggunaan kesan visualnya, siri 10 episod ini bakal memberikan penonton satu genre drama yang lain daripada yang lain.
GANJIL mula ditayangkan pada 30 September, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober. Turut menampilkan Izzue Islam dan Fatin Afeefa sebagai pelakon pembantu.