Lagu nyanyian anak trending di Youtube, anak Harry Khalifah jadi perhatian netizen

Lagu nyanyian anak trending di Youtube, anak Harry Khalifah jadi perhatian netizen

Lagu Sayunk I Love You nyanyian Chombi jadi siulan di Tiktok sehingga trending nombor 1 di Youtube. Siapa sangka gadis cantik manis itu rupanya anak kepada penyanyi dan komposer terkenal Harry Khalifah atau lebih dikenali sebagai Apak.

Di Tiktok, Apak ada memuat naik video memaparkan anak gadisnya itu sedang bancuh susu untuk adiknya. Apak sempat mengusik Chombi di rumah kena jaga adik-adik termasuk buatkan susu.

Malah, Apak dilihat memberi amaran ketika Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam bergurau mahu keluar dating.

 

@harry_khalifah

Walaupun sibuk Namun dia tak pernah Lupa Tanggung jawab Sebagai seorang KAKAK pada Adik2 nya.. #chombi #sayunkiloveu #fyp

♬ bunyi asal – Apak 🇲🇾 – Apak 🇲🇾

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen meninggalkan komen memperkenalkan diri dan berseloroh mahu jadi menantu Harry Khalifah.

Untuk pengetahuan, Chombi baru je berusia 15 tahun dan merupakan anak kedua daripada lapan adik beradik. Sebelum ini Chombi pernah popular dengan lagu Rindu-Rindu (5.7 juta tontonan) dan kini Sayunk I Love You yang meraih 3.4 juta tontonan selama tiga minggu dimuat naik.

 

@fiqznakfyp

Sayunk I Love You • Chombi #fiqznakfyp #fyp #liriklagu #laguviral #fypmalaysia #fypindonesia #lagujiwang #viral #fypage

♬ Sayunk I Love You – Chombi

Bukan tu je, dekat TikTok lagu ni pun dah jadi trending sampai melekat dalam kepala ni. “Kenapa awak tak cakap dari mula..”.

Kredit: TikTok Harry Khalifah