Kucing betina muncul depan rumah dengan anak, wanita ini minta penjelasan dari kucingnya

Kucing betina muncul depan rumah dengan anak, wanita ini minta penjelasan dari kucingnya

Pemilik haiwan peliharaan biasanya akan memastikan kucing atau anjing mereka tidak keluar dari rumah sembarangan atas pelbagai sebab. Selain takut anak bulus mereka diculik, kemalangan, atau cedera kerana bergaduh dengan haiwan lain, kucing dan anjing yang tidak dikembiri atau dimandulkan juga berpotensi untuk bunting atau membuat haiwan jalanan bunting, sekali gus menambah populasi haiwan terbiar.

Namun sesetengah haiwan terutamanya kucing mempunyai cara licik mereka untuk menyelinap keluar apabila tiba musim mengawan. Seperti sebuah perkongsian yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang wanita meminta penjelasan dari kucing jantannya setelah 2 ekor kucing betina muncul di depan rumah mereka.

Dalam salah satu video yang dikongsikan pengguna TikTok atas nama Loving Life 256 itu, dia membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat seekor kucing betina berwarna kelabu dengan dua ekor anak kecil duduk di depan rumah.

Wanita itu kemudian menoleh ke arah kucingnya yang bernama Woe dan bertanya adakah kucing betina itu ibu kepada anak-anaknya, memandangkan anak-anak kucing itu mempunyai warna yang sama dengannya.

@loving_life256

What my cat got going on🧐

♬ original sound – loving_life256

2 hari kemudian seekor kucing betina lain pula muncul depan rumahnya membuatkan wanita berkenaan semakin sangsi dan akhirnya mengajak kucingnya duduk minum untuk meminta penjelasan mengapa kucing-kucing betina itu datang ke rumah.

Perbualan wanita tersebut dengan kucingnya membuat ramai geli hati lebih-lebih lagi dengan reaksi kucing itu yang terkejut melihat 2 ekor anaknya.

“Aku dah kata jangan datang…”

“Berani dia bawa drama ni ke rumah mak…”

“Anak-anak kucing tu sebiji rupa dia…”

“Dia datang awal pagi untuk minta sokongan penjagaan anak…”