Kru wanita dilapor maut, dipercayai tertembak dengan pistol ‘prop’ di set penggambaran filem Hollywood

Kru wanita dilapor maut, dipercayai tertembak dengan pistol ‘prop’ di set penggambaran filem Hollywood

Seorang  wanita dilaporkan telah meninggal dunia selepas ditembak secara tidak sengaja di set penggambaran filem Rust yang dibintangi oleh Alec Baldwin dan Frances Fisher.

Menurut Mirror.co, kejadian itu berlaku di Bonanza Creek Ranch di New Mexico, semalam.

Jurucakap jabatan sheriff juga telah mengesahkan kejadian itu dan mengatakan bahawa penyiasat jenayah telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, kru wanita yang maut itu telah meninggal dunia akibat kecederaan yang serius disebabkan oleh senjata api yang digunakan sebagai prop di set penggambaran tersebut.

Selain itu, seorang kru lelaki dilaporkan turut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital berdekatan.

“Detektif kini sedang menyiasat jenis senjata api prop dan projektil apa yang digunakan ketika itu.

“Insiden ini masih lagi berada dalam siasatan dan kami akan mengemaskini maklumat lanjut nanti,” kata jurucakap sheriff.

Bagaimanapun, ada sumber yang mendakwa bahawa pameran utama filem itu telah mengacukan pistol semasa latihan tetapi tidak menyedari bahawa ia mempunyai peluru di dalamnya.

Sumber: Mirror.co