“Kreatifnya lain macem, serviskan span helmet je pun”
Topi keledar atau lagi mesra dipanggil ‘helmet’ adalah benda paling ‘function’ kalau abang-abang nak menunggang motosikal. Daripada sudut undang-undang pula, helmet dikira sebagai salah satu kewajipan kepada semua penunggang motosikal.
Kalau kita perasan, setelah lama menggunakan helmet yang sama, lama-kelamaan span helmet tu akan mula menipis dan sekaligus buat kita rasa tak selesa.
helmet rasa longgar, kalau kepala bergoyang sikit pun helmet ikut goyang sama. Satu lagi, kalau berlaku kemalangan, helmet longgar ni tak dijamin boleh lindung kepala betul-betul.
Bercakap pasal span helmet, baru je tular di media sosial satu video menunjukkan seorang ‘abang’ yang buat servis tukar span helmet. Pendek kata…kalau helmet yang spannya dah menipis, abang ni boleh ‘settlekan’.
Video tular ini dikongsikan oleh laman Facebook Kepala Berputar baru-baru ini. Difahamkan abang ni beroperasi di depan pasar pagi Kulim, Kedah pada setiap Jumaat. Mengikut apa yang dibualkan, harga caj yang dikenakan adalah mengikut jenis ketebalan span.
Kalau helmet yang spannya jenis nipis macam jenama MS, harganya dalam RM12 saja. Manakala helmet yang spannya tebal pula macam SGV, RM15 saja. Murah dah tu sebenarnya.
Kalau tengok video ni, cara abang ni pasang balik span baru ke dalam helmet memang nampak ‘pro’ lah. Cara dia buat kerja agak pantas, tapi dalam masa sama cermat. Ada gaya seorang ‘pakar’ yang dah lama buat servis macam ni.
Dari buka span lama, ukur span baru, masukkan balik sampailah ke bubuh gam, semuanya dibuat dengan mudah. Dan hebatnya, dipercayai semua jenis helmet abang ni boleh ‘tapau’. Tabiklah!
So, jom tonton video ni sama-sama.
Sumber: Facebook Kepala Berputar