Kreatif! Pelajar kongsi cara masak mi segera dekat asrama, guna seterika je

Kreatif! Pelajar kongsi cara masak mi segera dekat asrama, guna seterika je

 

Apabila sudah memasuki ke dalam asrama, timbul kreativiti untuk mencipta inovasi bagi menyelesaikan masalah seharian

seperti memasak maggi dengan berbekalkan perkakasan yang sedia ada di sekitar premis.

Hal ini kerana banyak asrama yang menghalang pelajar membawa sesetengah perkakasan elektrik kerana takut berlaku lintar pintas dan seumpamanya.

Terbaharu, seorang pelajar yang dipercayai menuntut di Universiti Islam Antarabangsa memperlihatkan bagaimana dia memasak mi segera dengan cara yang cukup kreatif iaitu menggunakan seterika.

Siapa sangka seterika yang biasa digunakan untuk menggosok baju sebenarnya boleh dimanfaatkan juga dalam mendapatkan sumber air panas lalu digunakan buat memasak mi segera?

Di dalam video itu, pelajar tersebut menuang air pada dasar seterika yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian, air yang mengalir dilihat bertukar menjadi panas lalu melembutkan mi segera yang berisi di dalam bekasnya.

Pelajar itu juga sempat memberi pesanan untuk menggunakan seterika yang baharu dan bukannya dalam keadaan karat kerana takut dijangkiti kuman pula. Dia menambah lagi yang anda perlu menunggu sekitar 3 minit untuk memastikan mi segera dimasak dengan betul.

Video itu berjaya meraih 1.3 juta jumlah tontonan, 60.6k likes dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen di platform TikTok.

@123abcdef.u

Nak saving sgt #xyzbca #iium #fypシ #fyp

♬ original sound – Saham Akhirat. – Saham Akhirat.

Rata-rata meluahkan rasa teruja melihat cara yang cukup unik untuk memasak mi segera tanpa perlu menggunakan water heater.

Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi bahawa ada cara lain lagi untuk memasak maggi dengan menggunakan seterika yang biasa dibuat oleh pelajar asrama.