“Korang suka guna ‘spray gun’?”, Tidak digalakkan lagi, ini penjelasan dari Dr. Izzar

“Korang suka guna ‘spray gun’?”, Tidak digalakkan lagi, ini penjelasan dari Dr. Izzar

Penularan wabak COVID-19 menyaksikan pelbagai produk dijual bertujuan untuk mengekang virus itu daripada terus merebak.

Antaranya produk seperti cecair pembasmi kuman, pelitup muka, sarung tangan, spray gun dan sebagainya.

Meskipun begitu, suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari tampil memberi pesanan kepada orang ramai agar lebih memahami risiko penggunaan spray gun itu sebelum menggunakannya.

 

 

Ujar Dr. Izzar, terdapat pelbagai jenis alat spray gun di mana ia berfungsi dengan menukar ‘chemical disinfection’ ke bentuk aerosol.

Sebenarnya ada banyak jenis alat spray ini iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters atau vaporizer. Alat-alat ini berfungsi dengan menukar chemical disinfection itu ke bentuk aerosol lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan itu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ini boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita.

Tambahnya lagi, penggunaan penyembur oleh orang awam haruslah digunakan dengan sangat berhati-hati dan risikonya lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak bermain.

Jelas Dr. Izzar, sudah memadai jika mencuci permukaan dengan sabun atau detergen dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.

“Jadi bagi saya untuk penggunaan rumah, tak perlu spray gun. Kalau nak guna lecehlah bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah.” tulisnya lagi dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sekadar info, Dr Sashini Seeni menerusi kenyataan di Forum Kesihatan Malaysia (Doctor On Call) berkata tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan penyembur Nano Mist yang semakin tular dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Anda boleh melihat kenyataan tersebut di bawah.

Dr Shashini Nano MistSumber : Astro Gempak