Kongsi foto teman wanita di IG, Bad Indigo dah jumpa pengganti

Kongsi foto teman wanita di IG, Bad Indigo dah jumpa pengganti

Penyanyi Bad Indigo memaklumkan sudah menemui pengganti teman hidupnya selepas bercerai dengan rakan seperjuangan dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Ashira Aziz.

Menurut laporan mStar Online, penyanyi berusia 47 tahun itu mengakui sedang bahagia namun belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita tersebut.

 

 

“Kalau orang ucap tahniah saya terima sahaja dan balas dengan ucapan syukur. Apa boleh saya katakan sekarang ini, saya bahagia yang melampau!
“Kalau sudah bahagia itu tak mungkinlah seorang diri. Tapi status sekarang ini saya masih belum sedia untuk kongsi. Tunggulah bila tiba masa yang sesuai,” kata ahli kumpulan Indigo itu.

 

 

Sebelum itu, Bad yang reda bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU) ada berkongsi foto seorang wanita di laman Instagram yang hanya menampakkan separuh wajah.

Pada masa sama, Bad menjelaskan dia tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima kehadiran individu istimewa selepas hubungan dengan Ashira menemui noktahnya.

 

 

“Hati ini milik Allah. Saya pun tak pernah tutup hati untuk menerima orang baru. Kalau Allah sudah kata jadi maka jadilah ia.
“Saya sangat gembira apabila ramai yang memberi ucapakan tahniah. Barulah saya tahu mereka semua mendoakan untuk saya terus bahagia. Terima kasih atas semua doa itu,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen foto tersebut, ramai menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira untuk Bad yang kini menjalani kehidupan dengan penuh bahagia.

Alhamdulillah.. tumpang gembira

Moga bahagia milik abang Bad

Kadang-kadang semua ni ujian.. moga dipermudahkan!

Terdahulu, Bad dan Ashira disatukan pada 11 Mac tahun lalu dimana ia adalah perkahwinan kedua buat mereka selepas menyertai GV7.

Sumber: mStar Online (Farol Hadi) , Instagram Bad Indigo