Kongsi cara bayar Tol di Dubai buat ramai kagum, “Memang menarik…”

Kongsi cara bayar Tol di Dubai buat ramai kagum, “Memang menarik…”

Sistem tol di setiap negara berbeza-beza dan mempunyai kelainan mereka yang tersendiri. Macam yang dikongsikan oleh lelaki ini tentang kaedah pembayaran tol di Dubai yang berjaya menarik perhatian ramai.

Lelaki ini berkongsikan cara yang digunakan di Dubai untuk membolehkan pengguna jalan raya membayar tol. Perkongsiannya ini juga tular sehinggakan ia menerima lebih satu juta tontonan setakat ini.

@irfan.khairi

Answer to @ezlie_elinor Dubai pun ada tol. Tapi…

♬ original sound – Irfan Khairi – Irfan Khairi

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini cuba menjawab soalan daripada netizen yang bertanyakan tentang kaedah pembayaran tol di Dubai.

Lelaki itu kemudian menunjukkan cara yang betul dengan memandu kenderaannya. Sebaik saja keretanya melepasi pintu gerbang seakan-akan flyover itu, secara automatik bakinya akan dipotong.

 

dubai

Dia turut memberitahu sekiranya baki pemandu tidak cukup, kereta akan berhenti secara automatik gara-gara tidak lepas membayar tol tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen cukup kagum dengan sistem tol yang dikongsikan ini. Ada juga yang bersetuju kaedah ini lebih mudah dan menyenangkan pengguna jalan raya serta mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Bayangkan myvi terbang…”

lelaki kongsi

“Senang macam ni tak payah Q masuk tol.”

tol

“Cuak gila kalau lalu bawah ni takut kredit tak cukup.”

komen

“Ni mana yang biasa cucuk rapat semata-mata nak elak bayar tol suka lah dia sebab tak ada palang tak ada yang jaga.”

tik tok