Kisah 2 pelajar hilang ditemui mati dalam MPV, Noh Salleh sebak hadir pengebumian

Kisah 2 pelajar hilang ditemui mati dalam MPV, Noh Salleh sebak hadir pengebumian

Baru-baru ini, orang ramai sempat dikejutkan dengan misteri dua orang pelajar iaitu Ahmad Danish Hakeem  dan Akmalharith Damia yang dilaporkan ‘ghaib’ selama 5 hari. Bagaimanapun, berita sedih terpaksa diterima selepas jasad mereka akhirnya ditemui dalam sebuah kenderaan MPV yang terletak di kawasan parkir. Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian dan siasatan sedang giat dijalankan.

Tular 2 Pelajar 'Ghaib' Ditemui Dalam MPV, Noh Akui Sebak Hadiri Pengebumian 2

Noh Salleh terkesan dengan pemergian pelajar, akui Allahyarham peminat tegar Hujan

Dalam orang ramai menzahirkan rasa sebak, siapa sangka penyanyi Noh Salleh turut terkesan dengan pemergian dua orang pelajar itu. Malah, dirinya juga akui Allahyarham merupakan peminat tegar kumpulan Hujan. Malah, selebriti itu turut mengenali Danish yang merupakan pemain bass dalam sebuah kumpulan muzik ketika remaja berkenaan berusia 15 tahun.

Tular 2 Pelajar 'Ghaib' Ditemui Dalam MPV, Noh Akui Sebak Hadiri Pengebumian 3

Sewaktu pengebumiannya, ramai sangat datang memberi penghormatan terakhir buatnya

Selain itu, lelaki tersebut juga akui pemergian remaja berkenaan seakan-akan satu ‘kerugian’ besar dalam industri muzik. Malah, Noh sempat memuji bakatnya yang sangat memainkan peranan dalam kumpulan. Bagaimanapun, dia turut menghadiri majlis pengebumian selain terharu mnelihat ramai sahabat yang sentiasa bersamanya.

Tular 2 Pelajar 'Ghaib' Ditemui Dalam MPV, Noh Akui Sebak Hadiri Pengebumian 4

Sayu hati melihat mereka meratapi pemergian anaknya pada usia muda begitu

Tambahnya lagi, kali terakhir dia bertemu dengan Danish adalah lebih kurang sebulan yang lalu. Namun, apa yang mencetuskan sebak selepas melihat kesedihan ahli keluarganya yang kehilangan anak dalam usia yang muda. Malah, selebriti itu juga sempat berpeluang untuk menenangkan mereka supaya tabah menghadapi ujian ini.

Tular 2 Pelajar 'Ghaib' Ditemui Dalam MPV, Noh Akui Sebak Hadiri Pengebumian 5