Kesan ludah, mi segera dan k*ndom dicampak dari tingkat atas, guru ini luah rasa berang

Kesan ludah, mi segera dan k*ndom dicampak dari tingkat atas, guru ini luah rasa berang

Sungguh tidak bertamadun sekali apabila sesetengah penghuni flat bertindak membuang sampah berupa sisa-sisa makanan seperti mi segera, malah yang lebih dasyat lagi, kondom yang telah digunakan.

Situasi tersebut dilaporkan telah dialami oleh seorang wanita yang bernama Hazlinayani Abd Manan di mana kereta miliknya dipenuhi dengan sisa mi segera yang dipercayai dicampak oleh penghuni flat.

Menerusi sebuah laporan media, Hazlinayani yang lebih mesra disapa sebagai Nina ini menyedari kejadian tersebut ketika dia bergegas untuk ke tempat kerja pada pagi beberapa hari yang lalu.

Saya sedar kejadian itu sekitar jam 7.30 pagi sewaktu nak keluar bekerja. Dari jauh saya tengok apasal lain macam je kereta saya. Sampai dekat, nampak sisa mi segera bersepah atas bonet depan dan bumbung.

Jelas Nina, lokasi tempat parkir kereta bukanlah di kawasan bawah dapur penghuni flat sebaliknya di bahagian koridor, jadi mustahil ia tidak disengajakan malah sebaliknya.

TiktokSumber : TIkTok  

Nina turut mengakui bahawa ia adalah merupakan pengalaman kali pertama yang agak teruk dan sebelum ini keretanya pernah dipenuhi kesan ludah manusia.

Dia pernah menyuarakan isu tersebut kepada pihak pengurusan namun tiada sebarang tindakan dikenakan kerana kawasan flat tersebut tidak mempunyai CCTV.

Hanya boleh mengadu atau suarakan dalam group WhatsApp penduduk je la. Sakit hati juga sebab kita bayar parking. Ada juga jiran beritahu, dia lagi teruk sebab keretanya kena kondom. Siap lendir lagi. Sangat tidak bertamadun.

Luahan rasa Nina itu dikongsikan olehnya menerusi sebuah hantaran di Tiktok dan turut mendapat respon daripada netizen yang rata-ratanya mempunyai pengalaman yang sama.

 

 

SUMBER : mStar Online