Kes amang seksual remaja lelaki, netizen beri hint mengenai selebriti bebas, pengacara dan pelakon lelaki

Kes amang seksual remaja lelaki, netizen beri hint mengenai selebriti bebas, pengacara dan pelakon lelaki

Semalam kecoh diperkatakan mengenai seorang selebriti lelaki ditahan polis untuk membantu siasatan kes amang seksual fizikal kanak-kanak dan remaja lelaki.

Selebriti itu ditahan reman selama enam hari dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terbaru, seorang wartawan mendakwa suspek berusia 40 an itu adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang membawakan watak memberi nasihat.

Berdasarkan maklumat rakan di meja hiburan, suspek juga dikatakan pernah memenangi program berkaitan ummah.

 

Perkongsian tular di Twitter itu setakat ini telah mendapat lebih 2,000 retweet dan 800 respon balas. Berdasarkan ‘hint’ yang diberi, netizen mendakwa individu yang dimaksudkan bergelar seorang PU.

Malah, ada yang dakwa selebriti itu tidak muncul di segmen pagi di radio sejak semalam.

Di Instagram, netizen turut membanjiri ruangan komen selebriti tersebut. Cepat betul netizen ni ye? Apa-apa pun kita tunggu sahaja kesahihan daripada pihak berkuasa.

Kredit: Twitter f4izalhassan | Sinar Harian