Kerbau milik “Kampung Boy” mati mengejut
Lebih 25 ekor kerbau milik remaja yang terkenal dengan gambar fotografinya bersama kerbau peliharaannya, Shukor Khamis, dilaporkan mati secara mengejut di Kampung Banggol Katong, Serada.
Melalui facebook milik Dallah Deen Photography, setakat pagi ini lebih 25 ekor kerbau Shukur mati.
“Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.” katanya.
Sedih akan kejadian ini, Syukor dan ayahnya Pak Khamis dilihat hanya mampu berlinangan air mata dan mengharapkan doa dari orang ramai.
“Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan. Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini”, tulisnya.
Warga maya dalam ruangan komen hantaran facebook tersebut rata-ratanya turut meluahkan rasa sedih dan mendoakan Shukor agar sabar dengan apa yang berlaku.
Shukor Khamis terkenal dengan jolokan Kampung Boy menjadi perhatian dunia melalui fotografinya yang begitu unik bersama kerbau peliharaannya dan menerima Anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic 2018.
tempoyak.net
Sumber :