Kerbau masuk kawasan rumah, rosakkan kereta pemilik, “Pastu buat muka tak bersalah”

Kerbau masuk kawasan rumah, rosakkan kereta pemilik, “Pastu buat muka tak bersalah”

Kerbau, lembu, kambing dan banyak lagi haiwan lain yang dibela kadang-kadang dapat dijumpai berkeliaran di sekitar kampung. Jika di kawasan kampung haiwan ini memang bebas ke mana sahaja, namun ada pemiliknya.

Bagaimanapun baru-baru ini satu video yang memaparkan seekor kerbau masuk ke dalam kawasan rumah telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan seekor kerbau yang berjalan keluar dari kawasan rumah teres berpagar.

Screenshot at Sep 12 19-56-11

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kereta merah diletakkan di dalam kawasan berpagar itu kemek dan cermin sisi patah gara-gara haiwan ini. Dalam video itu memang nampak gaya kerbau ini sangat selamba berjalan keluar bila dirakamkan oleh seorang lelaki.

Berikut adalah rakaman kerbau rosakkan kereta selamba berjalan keluar rumah yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun dianazamri1212:

@dianazamri1212

Kasihan ownernya😔kerbau sapa ni wey #fypシ #foryoupage

♬ Bholi Si Surat – Shahrukh Khan

Bukan main lagi kerbau ini melenggang keluar tanpa menunjukkan rasa bersalah ya! Perkongsian rakaman kerbau rosakkan kereta ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 34 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kerbau be like: Dia tak nampak dia tak nampak buat macam biasa”

Kerbau buat hal 3

“Sabo je memang dia buat muka tak bersalah pun. Jalan nye ala2 model gitu…”

Kerbau buat hal 2

“Dia macam “buat tak tahu buat tak tahu”

Kerbau buat hal 1

 

COMMENTS