“Kenapa makin seksi ni” Penampilan nampak pusat Eyka Farhana terima kritikan & cemuhan
Nama pelakon wanita berbakat besar, Eyka Farhana sememangnya tidak pernah lekang daripada sebarang kontroversi terutamanya sering ‘belanja’ gambar yang dikatakan keterlaluan di media sosial.
Terbaharu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sekali lagi menjadi ‘panas’ di kalangan warganet setelah berkongsi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Eyka Farhana ft Calvin Klein
Menerusi hantaran yang dikongsikan, pelakon berusia 27 tahun itu dilihat sedang memperagakan pakaian jenama terkemuka, Calvin Klein selain menyatakan ia adalah kunci sebenar untuk tampil lebih berkeyakinan.
Nak cabar siapa? Hanya Islam di IC…
Bagaimanapun, pakaian yang digayakan oleh Eyka dalam video tersebut dilihat agak keterlaluan dan tidak sopan bagi seorang penganut beragama Islam.
Nasi lemak 50 sen
Dulu tak seksi mana pun…
Malah, mereka meluahkan kekecewaan apabila kekasih kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), iaitu Akhyar Rashid apabila penampilan semakin hari semakin keterlaluan.
Wow! dah setaraf orang barat
Inilah dinamakan ujian kemewahan
Cantiknya!!!
Disaat ramai mengecam penampilan pelakon filem Juvana itu, ramai rakan artis dan peminat memuji kecantikan Eyka Farhana.
Terdahulu, Eyka pernah memberitahu dia tidak mahu berpura-pura disebalik pakaian yang dipakainya demi mengikut kemahuan masyarakat semata-mata sahaja. Bagi dirinya, lain orang lain persepsi mengenai seksi.
Sumber: Instagram @eykafarhana