Kenali ‘Pacific Lingcod’ pemburu lautan, ikan dengan 555 gigi tajam, hilang 20 batang sehari & cepat tumbuh semula

Kenali ‘Pacific Lingcod’ pemburu lautan, ikan dengan 555 gigi tajam, hilang 20 batang sehari & cepat tumbuh semula

Penemuan terbaharu oleh para saintis berkenaan dengan salah satu haiwan ‘paling bergigi’, di dunia, lingcod Pasifik, dapat mengekalkan 555 giginya. Satu kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa pertumbuhan semula gigi akan berlaku dengan cepat walaupun hampir 20 gigi akan hilang dalam masa satu hari.

Mungkin ramai kurang tahu mengenai spesis ikan ini. Lingcod Pasifik atau ophiodon elongatus merupakan seekor ikan karnivor yang boleh didapati di Pasifik Utara. Ikan ini juga dikenali sebagai salah satu ikan yang mempunyai mulut paling ‘menakutkan’ di dunia.

Selain daripada itu, menurut Oddity Central, dia mempunyai gigi kacip, geraham dan gigi taring yang biasa dilihat, ikan ini mempunyai ratusan gigi mikroskopik yang melapisi sehingga ke rahangnya.

Gambar via Oddity Central

Pada bahagian lelangit keras, permukaan tersebut dilitupi beratus-ratus pancang kecil. Begitu juga pada rahang tekaknya, bahagian tersebut digunakan untuk mengunyah makanan sama fungsinya dengan geraham manusia.

Kini, para saintis telah mendapati bahawa lingcod pasifik dapat mengekalkan ratusan gigi mereka yang tajam seperti bilah pencukur. Walaupun ikan tersebut akan kehilangan hampir 20 batang gigi setiap hari, namun, berpuluh-puluh gigi baharu akan tumbuh kembali dalam masa satu hari sahaja.

Fakta mengenai jumlah gigi ikan ini sudah umum diketahui oleh para saintis bertahun-tahun lamanya. Tetapi, apa yang mereka tidak tahu adalah berkenaan dengan bagaimana gigi itu diganti semula yang menutupi seluruh permukaan pada bahagian dalam mulutnya.

Kerana saiz giginya yang terlalu kecil, sukar untuk mereka melihat sendiri jumlah sebenar gigi ikan tersebut.

Gambar : That Oregon Life

Berdasarkan penyelidikan di Universiti Florida Selatan dan Universiti Washington, sebanyak 20 ekor ikan lingcod Pasifik dimasukkan ke dalam tangki bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gigi tersebut.

Tangki tersebut diisi dengan cecair pewarna pendarfluor yang dikenali sebagai alizarin red selama 12 jam. Tujuan cecair itu diletakkan adalah untuk ‘mengotorkan’ bahagian gigi.

Kemudian, ikan tersebut akan dimasukkan semula ke dalam tangki lain yang mengandungi pewarna pendarfluor lain, iaitu calcein fluorescein. Pewarna tersebut akan menandakan gigi baharu menjadi warna hijau.

Penyelidik kemudiannya akan mengira gigi tersebut dengan teliti dan mengkalisfikasikan semua gigi bertanda itu kepada 20 spesimen.

Hasil jumlah keseluruhan mendapati sebanyak 10, 580 gigi yang dimiliki oleh ikan tersebut. Melalui hasil kajian ini juga, ketua penyelidik menjelaskan bahawa ikan ini kehilangan kira-kira 20 gigi setiap hari dan akan tumbuh semula dengan cepat.

“Kami tidak menyangka bahawa gigi tersebut akan tumbuh semula secepat ini,” jelasnya.