Kembali bergelar penyampai radio, Shuib sertai Suria FM

Kembali bergelar penyampai radio, Shuib sertai Suria FM

Selepas hampir dua tahun meninggalkan dunia penyiaran, pelawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu kembali ke konti radio apabila akan keudara di Suria FM.

Menerusi laporan dari Kosmo! Shuib akan bergandingan dengan Ajak Shiro dan Suraya Borhan bagi mengendali segmen pagi di saluran radio berkenaan.

Sah sertai Suria FM

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta iaitu DJ Lin sebelum tamat siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di IOI City Mall  siang tadi.
“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.
“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.

Isi kekosongan yang ditinggalkan Fizi Ali

Kehadiran Shuib bersama Suria FM adalah mengisi tempat kosong yang ditinggalkan oleh Fizi Ali apabila penyampai itu berhijrah ke Hot FM.

Fizi yang tidak mengambil waktu yang lama untuk membuat keputusan berpindah ke Hot FM telah meninggalkan Suria FM yang diterajui selama 6 tahun untuk berganding bersama Fad Bocey di segmen petang.

 

Untuk makluman, Shuib pernah bersama Sinar FM bergandingan dengan Jep dan Rahim sebelum mengundurkan diri sekitar tahun 2017.

Tak lama selepas itu, dia telah mendapat tawaran mengendalikan segmen pagi di  Hot FM bersama Fizie dan juga Shuk Sahar.

Namun, pada Januari 2021 dia tidak memperbaharui kontrak dan ingin memberi tumpuan kepada perniagaannya sebelum menerima tawaran ke Suria FM pada tahun ini.

 

Sumber: Kosmo! (Sairul Zamri Misrani)