Keluarga dedah suami Jahidah Nordin kini bebas dijamin seseorang selepas setahun dipenjara

Keluarga dedah suami Jahidah Nordin kini bebas dijamin seseorang selepas setahun dipenjara

Kisah seorang wanita yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma hingga kini, Jahidah Nordin pastinya akan terus diingati rakyat Malaysia.

Siapa sangka, sejak dipukul suami pada kejadian Mei tahun lalu, Jahidah telah melalui proses kehamilan serta melahirkan seorang bayi lelaki dalam keadaan dirinya masih koma.

Difahamkan, lelaki durjana tersebut telah ditahan beberapa bulan selepas kejadian namun berita tentang suspek seakan senyap tanpa ada perkembangan.

Katanya lelaki tersebut dibebaskan

Akan tetapi, menerusi perkongsian keluarga Jahidah, mereka telah menerima khabar kurang baik apabila lelaki tersebut difahamkan telah dijamin dan dibebaskan pada minggu lepas.

 

@ziahzara15

Replying to @ayeen.sb Doakan dipermudahkan segala urusan kes kak jahidah mudah mudahan ada pembelaan buat kakak..#mangsaderasuamidayus #braindamage #babyajaib #ziahzara #babyjahidah #eshannufail

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Ada yang bayar wang ikat jamin

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Fauziah Nordin dan Fazariah Nordin di akaun media sosial masing-masing apabila membenarkan tentang berita pembebasan suspek selepas setahun direman.

Tambah mereka, lelaki berkenaan belum lagi dijatuhkan hukuman namun dapat bebas daripada direman selepas ada penjamin yang membayar wang ikat jamin.

Identiti penjamin dirahsiakan

 

Jahidah masih tidak berubah

Dalam perkembangan terkini Jahidah, ahli keluarganya memaklumkan kondisi wanita itu tidak banyak berubah dan masih terbaring seperti sebelum ini.

Walau bagaimanapun, mereka tetap berharap akan ada perkembangan positif buat wanita terbabit supaya dapat melihat anak tersayang membesar di depan mata.

@ziahzara15

salam Aidiladha dari kami..♥️♥️#eshannufail #babyjahidah #babyajaib #braindamage #mangsaderasuamidayus #ziahzara

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sumber: TikTok @ziahzara15, Facebook Fazariah Nordin