Keluar dinner bersama, Shuib akui watie ada ciri-ciri sesuai

Keluar dinner bersama, Shuib akui watie ada ciri-ciri sesuai

Pelawak dan penyampai radio, Shuib mendedahkan kini dalam proses mengenali hati budi seorang wanita bernama Watie Hanifiah yang pernah digosipkan sebelum ini.

Memetik laporan Astro Gempak, pelawak berusia 38 tahun itu juga mengakui dia keluar makan malam bersama Watie di sebuah restoran mewah berikutan tular foto menampakkan pantulan imej seorang wanita.

 

“Ya, saya keluar dinner dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami dinner bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita.
“Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok-sorok.
“Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, family macam mana,” katanya.

 

 

Ditanya sekiranya Watie memiliki ciri-ciri yang diinginkan dan sesuai untuk anak-anak, penyampai radio Suria FM itu hanya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik.

 

 

“Insya-Allah saya nampak dia ada ciri-ciri itu. Nampaknya anak-anak selesa dan paling penting, mak saya selesa dengan dia. Untuk hal akan datang, saya cuma mohon doakan baik-baik.
“Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” ujar bapa tunggal kepada empat cahaya mata itu.

Sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad sering ‘dikenenkan’ dengan beberapa artis wanita antaranya Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya.

Terdahulu, dia kehilangan isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akibat wabak Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu.

Sumber: Astro Gempak (Izwan Isa) , Instagram Shuib & Watie