Keliru wajah iras suami, Ayu Raudhah pernah terpeluk Aidil Zafuan – ‘dia suruh saya simpan rambut panjang’

Keliru wajah iras suami, Ayu Raudhah pernah terpeluk Aidil Zafuan – ‘dia suruh saya simpan rambut panjang’

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan kembar yang juga merupakan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan dan Zaquan Adha. Mempunyai wajah yang seiras kadang-kala mengelirukan orang ramai termasuklah dalam kalangan ahli keluarga.

Ayu salah peluk

Zaquan atau nama sebenarnya Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak mendedahkan momen lucu antara isterinya, aktres Ayu Raudhah dan Aidil. Akui Zaquan, 34, Ayu pernah memeluk abangnya gara-gara berfikiran itu adalah dirinya.

Pendedahan itu dibuat Zaquan ketika sesi siaran langsung di Instagram (IG) bersama pengulas sukan, Hafizal Hamad dan Aidil, baru-baru ini.

Dia (Ayu) pernah peluk abang Aidil. Dia salah orang. Dia takut salah lagi, dia suruh saya simpan rambut panjang.

Tengok tahi lalat

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengakui yang mereka juga agak sukar untuk membezakan pasangan kembar ini.

Namun, ada juga segelintir yang nampak ketidaksamaan adik beradik yang berasal daripada negeri Negeri Sembilan.

Video yang dimuat naik semula di Tik Tok @anakantoojalanan sudah mendapat lebih 730,000 tontonan daripada pengguna media sosial.

 

Sumber: Tik Tok @anakantoojalanan, Instagram @ayuraudhah_7@_aidil.zafuan_