Kecewa tak dapat gaji, pemain Perak mogok sesi latihan
Isu tunggakan gaji pemain di Perak FC bukan lah sesuatu benda yang baharu. Terbaru para pemain-pemain Perak telah memboikot sesi latihan malam tadi kerana marah tidak mendapat gaji mereka.
Di Ipoh Mogok pic.twitter.com/8i38aTSCCd
— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) May 7, 2021
It looks like the Perak players are airing their displeasure over the unpaid wages. They have decided not to train today. #PafaOhPafa pic.twitter.com/KiBAyV324P
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 7, 2021
Malam tadi pusat latihan Perak FC kecoh lagi apabila pemain-pemain sudah tidak dapat menahan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan Perak FC dan memutuskan tidak mahu meneruskan latihan. Mereka hanya berada di luar perkarangan stadium sahaja.
Tahukah kome, tiada latihan dijalankan pada malam ini. Pemain-pemain boikot. #PerakPowerNakMampus #100TahunPerakJAHANAM pengurusan Perak fc bangsat pic.twitter.com/9CLpq0MEeJ
— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) May 7, 2021
Isu tunggakan gaji pemain Perak FC sebelum ini pernah digariskan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad. Di mana, MB Perak menegaskan beliau bukan tak mahu membantu Perak FC lagi, tetapi menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya sudah memberikan keseluruhan RM4 juta untuk Perak FC.
Malah beliau turut mengesahkan terdapat dua pembayaran dibuat iaitu RM2.5 juta dan terbaru RM1.5 juta untuk membantu menyelesaikan tunggakan gaji sebelum ini.
Secara keseluruhan kerajaan negeri telah memberikan RM4 juta kepada bola sepak Perak iaitu RM2.5 juta untuk tunggakan gaji selama dua bulan sebelum ini dan baru-baru ini lagi bantuan sebanyak RM1.5 juta. https://t.co/5H4PFYRZrF
— Utusan Malaysia (@UMonline) April 8, 2021
Dipetik dari Utusan Online, Datuk Saarani berkata kerajaan Perak bukannya tak bersimpati tetapi sudah membantu yang termampu.
“Saya faham, saya tengok dalam Facebook ramai menyalahkan saya seolah-oleh saya tak peduli masalah gaji pemain namun terus terang saya katakan kerajaan negeri sudah berbelanja RM4 juta menggunakan duit GLC.”“Saya minta maaf kepada peminat Perak, saya sudah membantu RM4 juta. Mereka (Perak FC) sudah datang berbincang dengan memberitahu masalah mereka dan saya kata saya hanya boleh membantu seperti mana yang kita telah beri.”
Saarani menambah: “Tidak betul kalau ada yang kata kerajaan negeri tak langsung bantu. Saya telah mengambil inisiatif memujuk beberapa GLC untuk membayar gaji, sebenarnya itu bukan tanggungjawab saya, tapi saya tak mahu melihat kerosakan yang berlaku.”
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak mampu untuk membiayai keseluruhan kos operasi Perak FC kerana wang itu digunakan untuk peruntukan lain seperti pembangunan usahawan dan membantu golongan miskin yang memerlukan.
Beliau berkata: “Rakyat kalau dapat RM500 pun sudah gembira, tapi kalau saya bantu mereka (pemain bola) sampai RM40,000, RM50,000 sebulan malahan jurulatih RM180,000 sebulan, ini tidak adil.”
Dalam masa yang sama, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril menawarkan pegangan saham kepada mana mana pihak yang berminat membantu Perak FC menyelesaikan masalah yang melanda. BOD Perak FC menyatakan langkah itu terpaksa dibuat selepas Perak FC mengalami masalah kekurangan penaja.
Kredit : VocketFC