Kanak2 tiup belon sampai besar, reaksi netizen pula bikin terhibur

Kanak2 tiup belon sampai besar, reaksi netizen pula bikin terhibur

Mesti ada yang pernah trauma dengan bunyi belon yang meletup kuat sehingga membuatkan ramai yang tidak berani untuk meniup belon lagi selepas itu. Namun lain pula yang dilakukan seorang kanak-kanak ini apabila gelagatnya meniup belon menarik perhatian ramai.

Bukan sahaja berani malah kanak-kanak itu juga dengan selamba meniup belon itu sehingga ia kelihatan seperti mahu meletup gayanya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih setengah juta tontonan setakat ini.

https://vt.tiktok.com/ZSesn28H8/

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan gelagat kanak-kanak itu yang sedang seronok meniup belon. Biasanya ramai yang tidak akan meniupnya sehingga terlalu besar kerana bimbang ianya akan meletup pada akhirnya.

Tetapi kanak-kanak ini begitu berani meniupnya walaupun lelaki itu telah menasihatkan untuk berhenti meniupnya. Apa yang menarik perhatian ialah kanak-kanak itu langsung tidak kelihatan takut dan terus meniup belon tersebut sehinggalah ianya meletup pada akhirnya.

belon meletup

Lebih mencuit hati, kanak-kanak itu segera melarikan diri sebaik sahaja belon itu meletup semasa ditiupnya. Gelagat berani kanak-kanak ini turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya cukup takut melihat aksi beraninya itu.

Di ruangan komen, lain pula yang dapat disaksikan daripada komen netizen di mana ramai yang berasa gementar melihatnya. Malah ada yang berseloroh siap menutup telinga mereka gara-gara bimbang belon tersebut akan meletup pada akhirnya.

“Dia yang tiup aku yang pejam mata.”

belon

“Tak kenapa aku menyorok kat komen ni.”

kanak-kanak

“Aku aku sekali terkejut.”

komen

“Dia yang tiup aku yang gelabah.”

tik tok