Kanak-kanak kejar uncle roti sambil pegang seluar bikin terhibur

Kanak-kanak kejar uncle roti sambil pegang seluar bikin terhibur

Semasa di zaman kanak-kanak dulu, tentunya ramai yang masih ingat tentang uncle roti yang banyak memberikan kegembiraan terutamanya untuk kanak-kanak. Sama macam gelagat seorang kanak-kanak lelaki ini yang begitu teruja bertemu dengan uncle roti baru-baru ini.

Gelagatnya yang begitu teruja ini turut sama mencuit hati netizen apabila dia dilihat berlari sambil memegang seluarnya yang besar dan hampir terlondeh itu. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksinya yang terlalu teruja ini.

@hafizahamzah54

Baru nak jogging, terkejut ke uncle roti singgah beli sat😌 seluaq pun main capai je sapa punya taktau🤣

♬ original sound – Hafiza Hamzah – Hafiza Hamzah

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak lelaki itu dilihat berlari di luar rumahnya untuk mengejar uncle roti itu. Dalam masa yang sama, dia turut memegang seluarnya yang kelihatan hampir terlondeh itu gara-gara saiznya yang besar.

Menurut pemilik video, kanak-kanak itu pada awalnya baru sahaja mahu keluar bersenam namun dia terdengar bunyi kedatangan uncle roti itu. Kanak-kanak itu kemudian segera mencapai seluar yang ada dan terus keluar rumah untuk mengejar uncle roti tersebut.

kanak-kanak

Gelagatnya yang berlari sambil memegang seluar itu turut membuatkan orang sekeliling berdekah melihatnya. Bukan itu saja, ramai yang turut ‘geram’ melihat kecomelannya ini yang turut mencairkan hati netizen yang menonton.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat kanak-kanak ini. Ada juga yang turut mengimbau kenangan mereka semasa kecil dahulu yang turut sama teruja setiap kali bertemu uncle roti.

“Pakai seluar abah dia…”

kanak-kanak kejar

“Macam baru lepas mandi kelam kabut cari baju seluar…”

uncle roti

“Adui laju je lari…”

komen

“Nasib baik tak terlorot seluar tu.”

tik tok