“Kalau nak jadi isteri Shuib, kena…” – Mama beri syarat pada wanita yang mahu ganti tempat arwah Siti Sarah
Perkongsian video di Instagram arwah Siti Sarah baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai. Menerusi rakaman itu, anak perempuan arwah dan Shuib bernama Talita menyampaikan hasratnya yang mahukan ibu baru.
Ibu kepada Shuib, Salamiah yang dipanggil mama dilihat terkejut selepas mendengar permintaan Talita yang bukan sahaja mahu ibu baru tetapi juga adik perempuan.
Tengok ni ha Talita ni, suruh Daddy kahwin, nak mak tiri ke? Berani ke?”
Salamiah juga turut meletakkan beberapa syarat jika ada wanita yang mahu berkahwin dengan Shuib dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Menurutnya, bakal isteri baru Shuib mestilah pandai memasak kerana anaknya itu kuat makan. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Shuib ditemukan jodoh dengan wanita yang baik.
Kalau nak kahwin dengan Daddy, pertama dia mesti kena pandai masak sebab Daddy kuat makan. Macam ibu kena masak pukul 2-3 pagi, sanggup ke siapa nak kahwin dengan Daddy tu?”