‘Kalau boleh berpatah balik masa akan aku ucap kata sayang setiap masa….’
Memang tidak dapat dinafikan kehilangan pasangan yang kita sayang merupakan momen yang sukar untuk diterima. Namun, rezeki, jodoh, ajal dan maut sudah ditentukan Allah SWT. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancangan adalah dari sang pencipta.
Isterinya ditidurkan kerana paru-paru telah dijangkiti
Sekadar gambar hiasan
Menerusi kisah yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah, dia menceritakan bahawa dia pernah berada di tempat sama seperti Shuib di mana isterinya yang berusia 39 tahun telah ditidurkan kerana paru-paru sudah dijangkiti dan memerlukan bantuan pernafasan.
Aku kena sign segala surat persetujuan terlebih dahulu. Yelah ditidurkan tu bunyinya lebih sedap berbanding dikomakan. Bila koma, chances is 50-50. Entah bangun entah tidak.
Ujarnya, dia merasakan dirinya manusia yang paling lemah ketika itu. Selama tiga hari dia merasa gundah dan pasrah dengan keadaan isterinya. Namun, penantiannya berakhir dengan duka apabila isterinya pergi menghadap Ilahi dan meninggalkannya bersama anak-anak yang berusia 4, 2 tahun serta 7 bulan.
Jangan ditanya apa perasaan aku. Numb. Just numb. Shuib sekarang berada di tempat aku. Perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu.
Lebih menyedihkan lagi apabila anak-anaknya mengambil masa hampir dua tahun untuk memahami dengan jelas bahawa ibu mereka telah pergi buat selama-lamanya.
Anak sulung aku ambil masa dua tahun untuk mula menangis melepaskan beban rindu pada ibunya.
‘Kalau boleh berpatah balik masa…’
Sekadar gambar hiasan
Perasaan seorang lelaki yang telah kehilangan seorang isteri serta ibu kepada anak-anak yang masih kecil memang sukar untuk digambarkan kerana perasaan tersebut bercampur baur.
Bagi aku, beberapa bulan lepas kehilangan , perasaan yang paling banyak adalah sesalan. Ya, menyesal yang pelbagai. Kenapa dulu aku tak buat begitu, kenapa dulu tak buat begini.
Lelaki berkenaan turut mengakui bahawa membesarkan anak-anak tanpa isteri di sisi merupakan perkara yang sukar dan mula rasa menyesal kerana kurang membantu isterinya dahulu untuk mengemas rumah serta menguruskan anak-anak bersama.
Makan bersendirian ini tidak sedap rupanya. Kenapa dulu aku selalu balik lambat dan jarang makan bersama. Kenapa dulu aku kurang masakkan makanan kegemaran dia.
Tak ada orang untuk kita bercakap ini pun sangat sunyi dan mencengkam rupanya. Kenapa dulu aku kurang bercakap dengan dia. Kenapa masa aku banyak habis depan telefon ataupun tv berbanding dia.
Ujarnya lagi, menyayangi atau mencintai itu perlu diluahkan sebelum pasangan kita pergi buat selama-lamanya. Kasih dan sayang membuak-buak dalam dada tetapi tidak ada guna untuk meluahkannya sekarang kerana orang yang hendak diluahkan sudah tiada lagi.
Kalau boleh berpatah balik masa akan aku ucap kata sayang setiap masa, aku akan duduk berborak dengan dia setiap masa, akan aku take over buat kerja rumah bagi meringankan beban dia. Sayangnya, semua tu dah terlambat.
Sumber : Khairul Abdullah