“Kalau arwah ada mesti sweet” Ajak bermesra degan isteri, netizen sebak tengok Shuib

“Kalau arwah ada mesti sweet” Ajak bermesra degan isteri, netizen sebak tengok Shuib

 

Baru-baru ini, perkongsian yang dilakukan oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib raih perhatian netizen apabila dia membuat konten bersama rakan sekerjanya, Ajak yang menyuap isterinya di sebuah restoran.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Shuib di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menyuap dirinya sendiri selepas melihat Ajak bermesra dengan isterinya.

Tak lawak la, sedih!

Namun begitu, hantaran yang dikongsikan oleh usahawan yang berusia 38 tahun itu mengundang rasa sedih dan hiba dalam kalangan netizen memandangkan dia sudah kehilangan isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Ujar mereka, video tersebut adalah tidak lawak sama sekali dan menganggap jika arwah isterinya itu masih ada, pasti akan melakukan perkara yang sama seperti dilakukan oleh Ajak.

Mesti dia rindu arwah isteri, semoga terus kuat Shuib!

Bagaimanapun, rata-rata netizen mendoakan agar Shuib diberikan kekuatan dan diberikan jodoh yang baik kelak untuk menjaga dia serta anak-anaknya.

Sumber: TikTok @shuibsepahtu