Kakak nafi buka aib keluarga, “salah ke jaga hati & perasaan orang tua saya?”
Walaupun baru seminggu mendirikan rumah tangga, tetapi Abang Viva dan isterinya jadi bualan hangat apabila didakwa bernikah tanpa pengetahuan keluarga oleh kakak keduanya. Rentetan itu, dia meminta agar diberikan ruang demi menyelesaikan salah faham yang telah berbangkit itu secara tenang dan tertutup.
Posting haritu bukan membuka aib keluarga…salah ke sebagai anak, saya mahu jaga hati & perasaan orang tua?
Terdahulu, Fauziyah Omar memaklumkan posting tularnya sebelum ini telah diturunkan atas permintaan pasangan mempelai sendiri. Namun tegasnya, tujuan asal hantaran itu dimuat naik bukanlah untuk membuka aib pengantin atau keluarga. Sebaliknya lebih kepada makluman kepada pihak yang ‘selamba’ datang ke rumah tanpa mengira waktu sekali gus mengganggu ketenteraman orang tuanya.
Orang tanya kenapa rahsiakan nikah, tak jemput mereka? Disebabkan bermula dengan kuasa viral…maka saya guna saluran sama
Sejak kecoh berita pernikahan Abang Viva secara ‘senyap-senyap’ pada 14 Oktober lalu, ‘tempiasnya’ didakwa banyak terkena keluarga. Selain mempersoalkan tidak dijemput ke acara berkenaan, Fauziyah turut sedih apabila ibu bapanya ‘dipulaukan’ konon dah kaya hingga lupakan saudara-mara. Disebabkan isu ini mula tercetus dengan ‘kuasa viral’, maka dia turut guna saluran sama untuk membersihkan tanggapan negatif yang dilemparkan kepada orang tuanya.
Apa pun orang luar cakap, yang pasti kita tau mak ayah tetap sayang adik…semoga dipermudahkan segala ujian yang menimpa keluarga
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ahli keluarga dan kenalan terdekat mendoakan agar urusan Fauziyah serta ibu bapanya dipermudahkan. Walau apa pun yang dicanang oleh orang luar, mereka percaya pasangan warga emas tersebut tetap menyayangi Abang Viva.
Kredit : FB Fauziyah Omar