Kaka Azraff selamat melahirkan anak kedua

Kaka Azraff selamat melahirkan anak kedua

Penyanyi, Kaka Azraff selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua pada pukul 12.05 tengah malam, semalam. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya, Adam Azriff menerusi Instagram Story sekali gus disertakan gambar tag pergelangan tangan. Tahniah!

Terima kasih semua

Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan.

Menurut Adam, isteri dan putera keduanya berada dalam keadaan baik. Terdahulu, Kaka pernah berkongsi kisah mengenai kehamilannya yang kedua ini. Menurut Kaka, dia mengalami alahan yang teruk dan sering muntah pada trimester pertama. Namun, semuanya telah dipermudahkan sehingga dia selamat melahirkan bayi kedua itu dangan baik.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Aslan yang kini memasuki usia dua tahun. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan ucapan tahniah buat Kaka dan suami.