Juruterbang rakam kelibat menyerupai UFO melintas di Laut China Selatan
Sebuah video yang memaparkan seorang juruterbang tentera Amerika Syarikat yang didakwa terserempak dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) di Laut China Selatan, menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, rakaman berdurasi 53 saat itu diambil pada 24 November 2021 dan telah dimuat naik ke laman web pengesanan UFO pada 4 Disember.
Namun, klip tersebut telah mendapat tarikan semua pengguna media sosial pada Mei 2022 disebabkan UFO tersebut mengeluarkan pemandangan lampu yang unik dan rakaman yang jelas selain desakan untuk melakukan siasatan.
A pilot claims he saw a fleet of #UFOs over the Pacific Ocean. The video was shot at around 39,000 feet. 🛸👽
The suspected #alien aircraft took the form of ‘weird’ rotating lights moving across the sky. 😳
What are your thoughts on the footage? 👀🤔 pic.twitter.com/N0I2WS2kYq
— Watched (@_watched) December 7, 2021
Video yang dirakam oleh juruterbang
Juruterbang itu dilaporkan terbang pada ketinggian 39,000 kaki (12,000m) di atas Laut China Selatan, tidak jauh dari Hong Kong.
Kemudian, beliau dapat melihat dari jauh tiga kumpulan “objek” yang memancarkan empat lampu dan kelihatan terbang di atas awan secara serentak.
Objek tersebut jelas kelihatan dan dapat dipastikan tidak menyerupai mana-mana pesawat yang diketahui oleh juruterbang tersebut tetapi sangat selaras apabila berada di udara.
Suara seorang lelaki jelas berkata di luar kamera: “Saya tidak tahu apa itu.”
Suara lelaki lain pula kemudian berkata: “Itu adalah sesuatu objek yang pelik”.
Jawapan daripada rakaman video tersebut
Tanggapan awal terhadap rakaman yang tular tersebut menjadi topik menarik dan ada yang berpendapat kemungkinan besar lampu yang dirakam itu hanyalah pantulan kaca kokpit atau suar kanta.
Tetapi, pendapat tersebut tidak dapat dibuktikan dengan cepat kerana lampu yang berterusan oleh objek tersebut jelas terpancar selama hampir seminit dan bahkan jelas berkelip pada beberapa titik.
Kemungkinan bahawa objek tersebut adalah sejenis dron yang telah dinaikkan, tetapi agak mustahil kerana lampu kelihatan terbang terlalu tinggi di atas paras awan.
Kemungkinan lain ialah objek tersebut adalah senjata berpandu, namun tidak pula kelihatan meninggalkan sebarang jejak.
Lampu itu akhirnya pudar satu demi satu, seolah-olah telah turun atau hilang begitu saja di atas langit.
Kewujudan rakaman tersebut membingungkan
Kewujudan rakaman tersebut telah lama membingungkan orang ramai, pakar penerbangan dan pihak berkuasa.
Hal ini kerana, asal-usul objek tersebut tidak diketahui selain kekurangan sumber rakaman yang jelas telah menyebabkan timbul keraguan dan menarik kemusykilan orang ramai.
Selalunya rakaman itu sama ada palsu atau telah dieditkan. Kebimbangan umum ialah jika objek tersebut merupakan sebuah senjata yang tidak diketahui di mana ia boleh menjadi teknologi baharu yang telah dibangunkan oleh negara lain.
Walau bagaimanapun, pihak juruterbang dan kru udara perlu memberi keterangan mereka akan situasi tersebut.
Didesak untuk membuat lebih banyak siasatan
Memandangkan banyak perubahan yang sedang berlaku, dengan desakan yang timbul baru-baru ini untuk menyiasat dan mengambil kira mengenai UFO tersebut.
Penggubal undang-undang di Amerika Syarikat berjanji untuk membuat penyiasatan secara telus terhadap isu UFO tersebut semasa perbicaraan kongres dengan pegawai Pentagon.
Perbicaraan itu adalah yang pertama setelah lebih 50 tahun, yang memberi tumpuan terhadap laporan tentera mengenai UFO atau fenomena udara tidak dikenalpast (UAP).
Semasa prosiding, ahli Kongres menolak pegawai dari Pentagon untuk menyiasat sepenuhnya dan memberikan penjelasan untuk laporan UAP.
Selain itu, pegawai pertahanan telah memberikan keterangan dan bersumpah bahawa kerajaan tidak mengumpul bahan dari mana-mana pendaratan makhluk asing di Bumi.