Jual abang di Shopee 10sen, wanita ini terima mesej cuit hati ramai

Jual abang di Shopee 10sen, wanita ini terima mesej cuit hati ramai

Kini menerusi bermacam-macam aplikasi, kita boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan begitu mudah yang mana hanya klik dihujung jari.

Malah platform seperti Shopee mahupun Lazada telah menjadi antara yang popular buat ramai kerana ia menjadi pilihan dengan mendapat pelbagai tawaran disamping boleh berbelanja dengan mudah.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa perkara yang dijual mengundang ramai terhibur dan antaranya perkara seperti yang dilihat oleh wanita ini di laman Shopee.

@nrlainsyhda_

Akibat lama sangat pkp 😂😂😂 #KiehlsCalendulaGlow #masukberandafyp

♬ original sound – Ain Syuhada – Ain Syuhada

“Abang single untuk diletgo,’ begitu tajuk barang yang ingin dijual oleh salah seorang pengguna Shopee yang lalu diusik pengguna TikTok atas nama Ain Syuhada.

Dia membeli ‘Abang single untuk diletgo’ itu dengan harga 10sen sahaja dan tidak semena-mena selepas membuat pembayaran dia menerima mesej di aplikasi tersebut.

Walau bagaimanapun selepas meminta maaf dia juga sama akui bergurau dengan hal itu dan melalui ruangan komen di video itu, telatah si adik yang ingin menjual abang membuatkan ramai terhibur dengan ribuan tanda suka ditinggalkan berserta ribuan mata menonton.

“Hahaha nak jual sangat kan. Bagi sekarang hak akak ni”

Shoppe

“Tahu dia nak takut bila ada orang purchase…”

Shopee

“Saya letak diri saya sendiri weyy, ramai nak beli dohh”

Shopee