Jiran depan rumah pun boleh jadi jodoh
Mungkin masih ada di antara anda yang resah kerana jodoh belum kunjung tiba.
Bersabarlah, jodoh akan tiba pada waktu yang tepat dan mungkin dalam keadaan yang tidak terjangka.
Manalah tahu jodoh anda selama ini rupa-rupanya jiran depan rumah saja.
Sama seperti yang dialami oleh Dyha Ishak yang berjodohan dengan jiran depan rumahnya.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, usia perkahwinannya dengan jirannya kini genap tujuh tahun.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan berkahwin dengan jirannya itu, rumahnya dan mentuanya hanya 10 langkah sahaja.
Dihubungi SK, Dyha berkata bahawa ibu mentuanya yang memulakan langkah terlebih dahulu dengan bertanya sama ada dia sudah berpunya atau belum.
“Kami bercinta selepas nikah, perasaan tu datang selepas nikah, jadi memang takde perasaan cinta awal-awal tu,” katanya.
Tambahnya lagi, sebelum berkahwin, dia dan suaminya hidup berjiran selama lebih kurang 31 tahun.
“Sejak saya lahir memang saya duduk di situ, suami pindah situ masa dia umur setahun,” katanya.