“Jangan jujur sangat…”, Celoteh budak tegur lelaki tak hensem buat ramai terhibur

“Jangan jujur sangat…”, Celoteh budak tegur lelaki tak hensem buat ramai terhibur

Kanak-kanak memang biasanya terlebih jujur dan tidak takut untuk menyuarakan pendapat mereka walaupun ianya mungkin akan menyakitkan hati yang lain. Sama macam situasi yang dialami lelaki ini apabila celoteh seorang kanak-kanak ini meraih perhatian ramai.

Semuanya gara-gara gelagat kanak-kanak itu yang selamba menegur rupanya semasa dirakamkan rakan yang lain. Video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihatnya.

@fareezfakhrullahkesian member kena bahan😂

♬ original sound – #PovSounds

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang menjamu selera di sebuah kedai makan bersama rakan yang lain. Dalam masa yang sama, rakannya turut merakamkan gelagatnya itu sebelum ditegur oleh seorang kanak-kanak lain.

Menurut kanak-kanak itu, dia meminta gadis tersebut untuk tidak merakamkan lelaki itu terlalu lama memandangkan wajahnya yang tidak kacak. Celoteh yang tidak disangka itu turut membuatkan yang lain terkedu sebelum akhirnya berdekah mendengarnya.

lelaki

Lebih melucukan, lelaki itu kemudian memandang kanak-kanak itu dengan reaksi tidak puas hati. Malah dia sempat berseloroh dia mungkin mahu menculik kanak-kanak itu dek kerana teguran pedasnya yang diberikan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat celoteh jujur dari kanak-kanak tersebut. Dalam masa yang sama, netizen turut terhibur dengan reaksi lelaki itu yang tentunya tidak berpuas hati mendengarnya.

“Jujur sangat tu.”

kanak-kanak

“Budak-budak punya jujur ni next level.”

celoteh

“Kena setepek.”

komen

“Nanti dah besar ada iras abang tu baru dia tahu langit tinggi ke rendah.”

tik tok