Isu krisis makanan Dunia, lelaki ini kongsi sebab dan kesannya
Sejak beberapa hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai berita mengenai kekurangan bekalan makanan yang bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di serata dunia juga! Sesuatu yang membuatkan ramai terfikir apakah punca dan penyebabnya dunia mengalami kekurangan bekalan makanan ini.
Hari ini, dikhabarkan di Selangor terjadinya kekurangan bekalan ayam mentah. Malah berita mengenainya turut menjadi bualan ramai di sosial media. Disebabkan kekurangan bahan-bahan ini dan permintaan pula tinggi, ini boleh menyebabkan kenaikan harga bahan mentah.
Bagaimanapun seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Iqbal Ahyar berkongsikan info yang dikumpulkan mengenai krisis makanan dunia ini. Menggunakan bahasa mudah untuk difahami, ini membuatkan orang ramai jelas mengenai situasi dihadapi kini.
Berikut adalah video penjelasan ringkas mengenai krisis makanan dunia yang berlaku kini:
@iqbalahyar moga kita berjaya harungi krisis ini bersama.
Memang sesuatu yang agak membimbangkan. Perkongsian video penerangan ini telah meraih hampir sejuta tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Cara abang sampaikan tak membuat orang yang mengalami anxiety takut good job bang. Sebab kebanyakannya explain buat kita rasa takut”
“Patutlah semua harga naik sekarang…”
“Baru dengar berita makanan harga akan dijangka naik more than 50% tachod”
“Patutla panas semacam”