Isteri pemain bola kebangsaan curang, sondol kekasih kawan baik sendiri, siap ada video intim

Isteri pemain bola kebangsaan curang, sondol kekasih kawan baik sendiri, siap ada video intim

 

Nama Pratama Arhan sedang menjadi trending topic di media sosial Indonesia.

Arhan adalah salah seorang pemain bola sepak kebangsaan atau Timnas Indonesia. Nama Arhan menjadi hangat selepas isterinya, Azizah Salsha didakwa berlaku curang.

Lebih membuat heboh, Azizah curang dengan kekasih sahabat baiknya sendiri.

Menerusi kekecohan yang berlaku di laman sosial, Azizah didakwa menjalin hubungan sulit dengan Salim Nauderer. Salim adalah kekasih pempengaruh bernama Rachel Vennya.

Pasangan kekasih itu diketahui menamatkan percintaan mereka baru-baru ini sebelum terkuak penyebab kepada perpisahan tersebut adalah kerana Azizah.

Malah kecurangan Azizah terhadap Arhan dan ‘menyondol’ kekasih teman baiknya itu dibocorkan oleh pemain bola sepak berusia 22 tahun tersebut, lapor media tempatan.

Azizah atau mesra digelar Zize juga didakwa mempunyai video intim bersama Salim selain kisah perselingkuhan mereka beredar dalam pesanan ringkas.

Sejak pemberitaan tersebut tersiar, ramai netizen yang menzahirkan sokongan buat Arhan.

“Menyakiti Arhan sama seperti menyakiti Timnas Indonesia,” tulis seorang netizen.

“Sabar ya Arhan. Semoga mental kamu kuat untuk pusingan (bola) seterusnya,” tulis seorang lagi.

Meski berita tentang masalah rumah tangga dengan isterinya curang sedang hangat diperkatakan, Arhan bagaimanapun ‘membalas’ ia dengan memuat naik foto pernikahan bersama Azizah.

Sehingga kini baik Arhan atau Azizah yang berkahwin pada tahun lalu belum memberi kenyataan rasmi.