Isteri orang dicekup berkhalwat dengan bomoh, ditemui berkemban pukul 2 pagi

Isteri orang dicekup berkhalwat dengan bomoh, ditemui berkemban pukul 2 pagi

 

Kejadian di Sungai Petani Kedah, seorang wanita berstatus isteri orang dicekup bersekedudukan dengan bomoh berusia 65 tahun di sebuah rumah di Bedong.

Memetik laporan Kosmo!, anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dan pertubuhan bukan kerajaan, Skuad Badar membuat serbuan kira-kira jam 2 pagi dan menemui wanita itu bersembunyi di tingkat atas rumah dalam keadaan berkemban.

 

Foto: Kosmo!

Difahamkan, serbuan mula dilakukan anggota penguat kuasa selepas menerima laporan daripada orang awam yang melihat wanita berusia 35 tahun itu ke rumah bomoh pada Khamis.

Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail, ketika pihaknya memperkenalkan diri, bomoh itu keluar hanya berseluar pendek dan mengakui seorang di rumah.

Bagi meyakinkan anggota penguat kuasa, lelaki itu mempelawa pemeriksaan dilakukan di dalam rumah berkenaan.

Pihak kami menjumpai seorang wanita dalam keadaan berkemban di tingkat atas rumah tersebut.

Hasil siasatan turut mendapati wanita itu sebelum ini beberapa kali datang dan bermalam di rumah itu.

Wanita itu mengaku dia mengunjungi rumah bomoh tersebut untuk mendapatkan bantuan bagi memudahkan proses penceraian bersama suaminya.

Bomoh itu juga mengakui mempunyai seorang isteri lumpuh yang kini dijaga oleh anak mereka yang tinggal di luar daerah.

Pasa­n­gan itu ditahan kerana me­lakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Kredit: Kosmo!