Ismail Izanni akui silap, tak mahu buang masa jawab kontroversi ‘cium’
Selepas pelbagai spekulasi melibatkan penyanyi, Ismail Izzani yang dikatakan berpelukan dengan seorang wanita seksi di kelab malam tular, ruangan Instagramnya telah dihujani dengan pelbagai maklum balas daripada netizen.
Dia juga dilihat berdiam diri dan langsung tidak memberikan kenyataan kepada umum sehingga dikatakan ‘cabut lari’ dari pihak media sejurus membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37).
Ahli keluarga & kenalan tahu sudah memadai
Susulan daripada dakwaan tersebut, Ismail akhirnya tampil memberikan kenyataan menerusi Insta Story miliknya dengan mengakui kesilapan namun biarlah ia hanya melibatkan ahli keluarganya sahaja tanpa campur tangan pihak luar.
“Biarkan saya. Selagi saya dan ahli keluarga tahu apa tindakan selanjutnya, itu sudah memadai.
“Katakanlah apa yang anda mahu kata. Saya terus kekal dengan landasan saya, sayangi tenaga anda. Selamat menjalani hari indah semua,” tulisnya.
“Saya akui silap saya”
Dalam pada itu, anak kepada Datin Suliza Salam ini mengatakan biarkan ahli keluarga dan rakan-rakannya sahaja yang tahu perkara sebenar dan dia tidak perlu menjelaskan apa-apa.
Ujarnya, cukup sekadar semua orang tahu bahawa dia mengakui kesilapan dan hanyalah seorang manusia biasa yang tidak lari daripada hal kurang baik.
Bukan cabut lari, cuma malas buang masa
Tak hanya itu, Ismail turut menegaskan yang dia tidak halang untuk media terus berkata tidak baik kepadanya terutama melibatkan isu ‘cabut lari’.
Penyanyi berkenaan menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat mahu melarikan diri dari media tetapi merasakan penjelasan yang akan dibuat kepada pihak mereka sekadar membuang masa.
Nak healing ke?
Selain itu, penyanyi lagu Habis Sudah ini turut memuat naik gambar memegang pasport seolah-olah akan ke luar negara tanpa sebarang kapsyen disertakan.
Dia cuma menulis di satu lagi hantaran di Insta Story seolah-olah bermonolog kepada ‘Ismail kecil’ supaya terus mendoakan yang baik-baik sahaja untuk kehidupan akan datang.
Minta maaf atas segala silap yang pernah dilakukan
Video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki mirip wajah Ismail merangkul gadis seksi sambil mengucup bahagian pipi dan lehernya.
Ia telah menjadi perdebatan di media sosial sehingga Instagram Ismail dan ibunya dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen yang ingin tahu tentang kesahihan video tersebut.
Sumber: Instagram Ismail Izzani