Ini rupanya punca orang Indonesia berebut susu beruang
Sebelum ini tersebar video di TikTok menunjukkan pengunjung di sebuah pasaraya berebut mendapatkan susu beruang.
Kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya Indonesia itu tercetus akibat maklumat yang mengatakan susu beruang ini mampu mencegah jangkitan wabak Covid-19.
@dewidisini1
Situasi panic buying ini juga berlaku sebaik sahaja Presiden Joko Widodo mengumumkan pelaksanaan Pembekuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat yang bermula sejak 3 Julai lepas.
Dakwaan palsu
Masalahnya, maklumat yang memdakwa susu beruang itu mampu mencegah virus adalah palsu dan ia telah dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab.
Isu berita palsu di Indonesia sangat membimbangkan kerana banyak rakyat yang mudah terpedaya dan akhirnya memberi impak yang buruk kepada negara.
Setakat ini, Indonesia telah mencatatkan sebanyak 27,233 kes positif baharu dan kes penularan semakin tinggi setiap hari.
Kredit: TikTok dewidisini1