Ini 5 makanan Malaysia paling ‘best’, adakah nasi lemak pemenangnya?

Ini 5 makanan Malaysia paling ‘best’, adakah nasi lemak pemenangnya?

 

Malaysia merupakan satu bumi bertuah kerana ia kaya dengan pelbagai bangsa, adat dan makanan tradisi yang mempunyai keunikan tersendiri.

Dari 25 Jun hingga 31 Jun 2024 lalu, Kumpulan Pemasaran dari Media Prima Berhad telah menjalankan online survey untuk mengetahui apa makanan Paling Best bagi pelancong yang datang ke Malaysia.

Oleh kerana terlalu banyak jawapan yang diterima, hanya 5 jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia yang telah disenarai pendek; Nasi Lemak, Teh Tarik, Char Kuey Teow, Roti Canai dan Satay.

Ketika artikel ini ditulis, Teh Tarik diundi sebagai makanan Malaysia yang paling best.

Bagaimanapun jika anda merasakan ada yang LEBIH BEST daripada Teh Tarik, anda boleh mengubah keputusan itu dengan membuat undian di sini Says — Manis Pahit Bersama.

Mudah sahaja, anda hanya perlu memilih di antara Nasi Lemak, Teh Tarik, Char Kuey Teow, Roti Canai dan Satay. Kemudian, keputusan akan keluar serta-merta sejurus pilihan anda dihantar.

Dalam masa sama, anda juga berpeluang untuk menampilkan gambar makanan kegemaran yang anda tangkap sendiri pada papan iklan digital dengan menghantar gambar tersebut di sini.

Selepas muat naik gambar itu, anda muat turun gambar makanan bersama bingkai gambar “Kamu #Geng mana” dan kongsikannya di media sosial anda.