Ikut imej PM, semua menteri kabinet Kerajaan Perpaduan hadir mesyuarat tanpa tali leher
Penampilan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi sorotan ramai lebih-lebih lagi ada yang ‘mengupas’ tentang simbolik disebalik pemakaian beliau yang mengenakan sut tetapi tidak menggunakan tali leher.
Ternyata perkara tersebut seakan mengiyakan ‘teori’ terbabit apabila tular satu gambar menteri-menteri kabinet Kerajaan Perpaduan dibawah kepimpinan Anwar tidak memakai tali leher.
Tak pakai tali leher
Menerusi ‘teori’ tersebut, pengulas mengatakan yang tali leher membawa makna penyerahan dan penghambaan terhadap masyarakat elit yang korup’, jadi mungkin tindakan perdana menteri Malaysia ke-10 itu adalah untuk menafikan tanggapan tersebut.
Ketua Setiausaha Negara turut tidak memakai tali leher
Menerusi Sinar Harian, mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pagi ini tampil berbeza apabila jemaah menteri tidak mengenakan tali leher.
Hal tersebut telah dikongsikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Twitter pada Rabu. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali juga dilihat tampil tanpa bertali leher seperti kebiasaannya.
Sesi bergambar Kabinet Perpaduan sebelum Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan YAB PM @anwaribrahim pagi ini pic.twitter.com/YaahdzKKGP
— Fadillah Yusof 🇲🇾 (@PetraJayaMP) December 7, 2022
Barisan menteri kabinet lelaki dilihat segak menggayakan sut berwarna hitam dan masing-masing langsung tidak memakai tali leher.
Difahamkan, imej tersebut merupakan satu kebiasaan buat Anwar Ibrahim yang memang jarang terlihat memakai tali leher kecuali sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sidang Parlimen.
Walau bagaimanapun, tiada arahan tidak memakai tali leher dikeluarkan, tetapi menteri kabinet sendiri yang tampil sebegitu bagi mengikuti imej perdana menteri.
Sumber: Sinar Harian, Twitter Fadillah Yusof