Ijtihad politik Amanah tepat, jangan berganjak
Bila Adun Meru nak Join PKR dengan merasakan Pendirian Amanah tak betul..Itu hak dia, Jika itu pandangan dia..Sesuailah dia bersama PKR.. Tetapi Dun Meru itu milik Amanah.. Boleh bersama PKR..Tapi PRU 15 ia tetap milik Amanah..
Mungkin dia nak merasai duduk dalam PKR, Satu pengalaman yang baru.. sebab Perebutan Jawatan.. Kedudukan dalam PKR jauh lebih teruk dari Amanah..Contohnya (Adun) Sabak, Ahmad Mustain Othman, hari ii dia ditolak PKR dikawasannya sendiri..Pergi lah..
Aku pula rasa jalan Amanah tepat, Bersama PH dan bersama gagasan Pembangkang.. Amanah tegas Anwar calon PM dari kalangan PH..dan tidak bermusuh dengan Tun dan parti lain seperti Warisan..teruskan.. Aku berpandangan Ijtihad Mat sabu dan Amanah betul dan Tepat..jangan Berganjak..
Ada orang gila mana menulis Mat Sabu sama dengan Hj Hadi..Silap tu,Jauh dari langit dengan bumi.. Mat sabu tidak pandai menyerang rakan tahaaluf sendiri sejak dulu.. biarpun Haji Hadi menyerang Batang tubuh Anwar..Hina Anwar.. Mainkan Sentimen kaum dan Agama menyerang DAP…. berbeza Mat sabu..pendekatan dia cuma mahu damai..dan tidak bekonfrantasi sesama Pembangkang..
Itulah Manhaj Politik PAS diera Ustaz fadzil Noor dan TG Nik Aziz.. Ketika Ulama PAS, Haji Hadi membenci Anwar.. Dan tidak bersetuju dengan calon Wan Azizah sebagai MB Selangor.. Anwar sebagai Calon PM.. ketika itu Ulama PAS Menyerang DAP..Ulama PAS dan Haji hadi tuduh Anwar dan DAP khianat..tetapi pemimpin amanah dalam PAS ini dulu mengambil sifat terbuka kepada Anwar walaupun digelar Anwarinas.. Begitulah sikap mereka kepada Tun hari ini..
Mereka ini lebih pentingkan Islah dan reform sebuah Kerajaan sejak dulu, dari sibukkan siapa yang layak jadi PM dari kalangan PAS… Kelompok Opprtunis tak faham semua ni..
Mereka lahir dari tarbiyah Politik PAS..bukan lahir dari Politiking UMNO yang mengejar kuasa..Jadi itulah Manhaj Politik PAS diera Almarhum Tok Guru Nik Aziz dan ustaz Fadzil Noor.. Maka Teruskan Ijtihad tersebut…
Sumber: Utama Daily