Idris Khan, A.Aida setuju selesai kes langgar kontrak luar mahkamah, Amelia Henderson pilih terus lawan

Idris Khan, A.Aida setuju selesai kes langgar kontrak luar mahkamah, Amelia Henderson pilih terus lawan

Penerbit drama Cinta Sekali Lagi, Datuk A.Aida hari ini menjelaskan yang dia serta pelakon, Idris Khan memilih untuk menyelesaikan kemelut tersebut secara baik berhubung isu pelanggaran kontrak.

‘Settle’ luar mahkamah

Memetik laporan dari Mstar, A. Aida selaku plantif pertama telah menarik balik saman terhadap Idris sebagai defendan kedua tanpa kebebasan memfailkan semula kes tersebut.

Keputusan menarik balik itu telah dibuat ketika perbicaraan hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Kena bayar ganti rugi sebelum hujung November

Menerusi prosiding yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi itu, peguam kepada Idris, Jason Wee telah memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah. Permohonan tersebut telah dipersetujui oleh A.Aida menerusi peguamnya, Ashmadi Othman.

Sementara itu, aktor lelaki berkenaan pula Idris diperintahkan membayar RM3, 780 kepada plantif selain tidak boleh menfailkan saman malu kepada A.Aida.

Dia telah diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi itu sebelum penghujung November ini.

Amelia teruskan perbicaraan

Manakala untuk perbicaraan sama, defenden pertama iaitu Amelia Henderson kekal dengan keputusan sebelum ini untuk meneruskan perbicaraan.

Terdahulu, penerbit drama untuk naskah Sekali Lagi Cinta Kembali telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Amelia dan Idris berikutan penarikkan diri dua pelakon utama untuk drama tersebut secara saat akhir.

Pemilik syarikat A.Aida Production  itu mengambil tindakan terbabit kerana berasa kecewa dengan sikap tidak profesional kedua-dua pelakon tersebut sehingga dia menanggung kerugian besar.

 

Sumber: Mstar (Amin Hazlan)