Ibu pelakon terkenal dicekup gara-gara menjalankan kegiatan judi haram
Ibu kepada pelakon popular Han So-hee baru-baru ini didakwa mengendalikan 12 rumah perjudian haram.Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa ibu kepada pelakon tersebut telah ditangkap dan kini berada dalam tahanan.
Hanya dikenali sebagai Puan Shin, wanita itu dikatakan telah mengendalikan pusat perjudian tersebut dibawah nama orang lain dengan penggunakan laman web perjudian untuk menjalankan kegiatan tersebut.
Agensi yang menaungi Han So Hee telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kontroversi yang dilihat mencemarkan nama baik pelakon tersebut
Agensi 9ato Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan bahawa tindakan Puan Shin sama sekali tiada kaitan pelakon itu.
“Kami ingin berkongsi pendirian kami mengenai laporan mengenai ibu kepada pelakon di bawah naungan kami, Han So Hee.
“Kami ingin mengulangi bahawa kejadian ini adalah sepenuhnya tindakan ibunya sendiri dan tiada kaitan langsung dengan Han So Hee.
“Kami memohon maaf kerana menyampaikan berita yang tidak selesa seperti ini berkaitan hal peribadi dan bukannya kerjanya,” ujar agensi tersebut.
Dilaporkan juga, Han So Hee hanya mengetahui hal tersebut melalui berita dan berada dalam keadaan yang sangat sedih dan tertekan.
Pelakon berusia 30 tahun itu memulakan kerjayanya dalam dunia seni pada 2017 sebagai pelakon pembantu sebelum menjadi pelakon utama. Sepanjang kerjaya dia telah menang pelbagai anugerah dek prestasi yang cemerlang.