Ibu mengandung positif covid-19 reda anak kecut dan meninggal dalam kandungan

Ibu mengandung positif covid-19 reda anak kecut dan meninggal dalam kandungan

Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan kita masih belum bebas sepenuhnya dari penularan wabak Covid-19 yang mana telah menyebabkan kita berada di gelombang varian Omicron sepenuhnya.

Tambah pula dengan simptom yang sederhana, menjadikan kes harian semakin tinggi malah pesakit yang dijangkiti virus tersebut ramai dari golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan juga ibu mengandung.

Baru-baru ini kecoh di TikTok selepas video yang dimuatnaik menerusi akaun @sheyraedy yang menceritakan pengalaman peritnya semasa mengandung selepas disahkan positif Covid-19.

@sheyraedy

Al fatihah anak syurga mommy 😭

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Wanita yang dikenali sebagai Sheyra ini mendedahkan bahawa dia telah menjalani kuarantin di rumah terlebih dahulu sebelum mengalami pendarahan yang serius pada hari ketujuh selepas disahkan positif.

“Al-fatihah anak syurga mommy”

Ekoran itu, dia segera dibawa oleh pasukan perubatan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Namun, dia terpaksa menerima khabar sedih sebaik saja doktor memeriksa kandungannya.

 

“Doc scan jantung anak mommy dah terhenti dan anak mommy dah kecut” – Ujar Sheyra

Difahamkan kandungan Sheyra baru berusia 16 minggu malah sudah sempurna sifatnya namun terpaksa dikeluarkan selepas dipercayai jantung bayinya berhenti akibat jangkitan kuman dari virus Covid-19.

Perkongsian ibu kepada dua anak ini mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata turut bersedih dengan berita yang disampaikan dan turut ada yang mendoakan agar Sheyra terus dikuatkan semangatnya.

Tiktok Full 5

Sumber: TikTok

Min doakan Sheyra sekeluarga diberikan ketabahan ya… Korang yang lain tu, make sure still jaga SOP okay? Stay safe!