Ibu mangsa minta hormat perasaan, “kami kenal hati budi anak kami macam mana”
Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang melibat tiga orang penunggang motorsikal di Lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Georgetown.
Difahamkan tragedi itu menerima kecaman ramai kerana ia dikatakan ‘layak’ terutamanya anak antoo sendiri mencari punca dan mendekati kematian dengan cara yang tidak sepatutnya.
Segala kata-kata yang dilemparkan oleh warganet itu dilihat seperti tidak memikirkan hati dan perasaan keluarga mangsa. Itulah yang dirasai oleh salah seorang ibu mangsa kemalangan maut.
Walaupun ramai mengecam, namun sebagai seorang ibu, wanita dikenali sebagai Shahiril Rohaiza mendedahkan anaknya, Muhamad Eizreel Muhamad, 25 tahun merupakan seorang yang baik.
“Kami kenal hati budi anak kami macam mana. Orang kecam macam-macam depa tak fikir perasaan kami yang baru hilang anak.
“Arwah anak sulung daripada dua beradik memang minat dengan motosikal daripada rangka dia boleh bina jadi sebuah motosikal. Tetapi dia anak yang baik, bertanggungjawab dan ambil berat tentang keluarga.
Menurut ibu arwah, Eizreel yang berkahwin diusia muda itu meninggalkan dua orang anak berusia lapan dan empat tahun. Malah, isterinya kini sedang hamil anak ketiga mereka.
Jelasnya lagi, rakan-rakan kepada anaknya juga merupaka seorang yang baik dan hormat kepada orang tua.
“Saya ada nasihat dia jangan bawa motosikal laju. Saya juga kenal kawan-kawannya. Mereka anak yang baik serta hormat orang tua,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).
Terdahulu, sebuah kejadian kemalangan maut yang berlaku kira-kira jam 4.40 pagi dilaporkan berlaku yang melibatkan motorsikal dan kereta sehingga mengakibatkan tiga orang maut dan tiga mengalami kecederaan parah.
Sumber: Harian Metro