Hun Haqeem menjadi kegilaan gadis korea

Hun Haqeem menjadi kegilaan gadis korea

Nama Hun Haqeem yang dulu pernah membintangi drama Melayu berjudul ‘Kampung People’ cukup menjadi fenomena luar biasa. Bukan sekadar berjaya membawa watak Jekfer dengan baik, malahan wajah kacak anak jati Sarawak ini menjadi ‘bonus’ mengapa dia mampu mengumpul peminat yang begitu ramai khususnya di kalangan wanita.

[VIDEO] Terjebak Layan Cerita Melayu TV3, Gadis Korea 'Angau' Tengok Hun Haqeem 2

[VIDEO] Terjebak Layan Cerita Melayu TV3, Gadis Korea 'Angau' Tengok Hun Haqeem 3

Kru kami angau pada Hun Haqeem…Even suara dia pun handsome

Menerusi sebuah telefilem bertajuk ‘Pemuja Rahsia’ yang bertayang di TV3 pada malam tadi, siapa menduga rupanya aktor berkenaan sudah memiliki peminat dari Korea pula. Melalui perkongsikan TikTok Blimey Wow, terlihat 2 orang gadis comel seakan-akan terpanah di hadapan televisyen ketika menonton cerita berkenaan secara santai.

Dia handsome gila…Kenapa dia handsome sangat?

@blimey.wow

She’s serious @hunhaqeem #blimey #malaysia #tiktokmalaysia #fyp #koreanreaction

♬ original sound – Blimey 블라이미 – Blimey 블라이미

Saat wajah Hun Haqeem muncul di babak-babak tertentu, mereka mula memberikan pujian selain sempat mengambil gambar skrin TV pula. Hingga kini, video berdurasi 20 saat  itu berjaya mendapat hampir 300 ribu jumlah tontonan netizen.

Ini yang nak suggest drama Melayu ni….Memang handsome pun lagi ada lesung pipit dia

Selain terhibur dengan reaksi 2 gadis Korea tersebut, rata-rata netizen bersetuju Hun Haqeem sememangnya memiliki rupa yang tampan. Tidak ketinggalan juga yang mahu mencadangkan mereka senarai drama Melayu lain dilakonkan oleh barisan pelakon kacak Malaysia.