“Hilang kata2” – Lelaki redho isteri & anak 8 bulan maut dalam runtuhan

“Hilang kata2” – Lelaki redho isteri & anak 8 bulan maut dalam runtuhan

Seorang lelaki reda dengan takdir apabila isteri dan anak perempuannya meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di kawasan rumahnya di Forest Hill, Penampang petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, Zul Azmil Omar yang sedang bekerja di pusat binaan menerima khabar duka tersebut memaklumkan isterinya Salmah Hamid dan anak mereka, Dayana terkorban di lokasi kejadian.

”Saya hilang kata-kata apabila dikhabarkan isteri yang sedang hamil dan anak berusia lapan bulan meninggal dunia.
“Saya terima panggilan dan dimaklumkan ada kejadian tanah runtuh serta meminta saya pulang ke rumah pada kadar segera,” katanya.

Lelaki berusia 34 tahun itu berkata, dia kemudian bergegas pulang namun lewat tiba di rumah kerana keadaan jalan raya yang sudah dinaiki air akibat banjir.

“Sebaik tiba, saya dimaklumkan anak yang berusia satu tahun lebih selamat manakala seorang lagi meninggal dunia. Begitu juga isteri yang berusia 25 tahun,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)