Hanya guna 400 ‘Rubik Cube’, ramai kagum melihat bakat seni lelaki ini hasilkan potret Shuib & Sarah

Hanya guna 400 ‘Rubik Cube’, ramai kagum melihat bakat seni lelaki ini hasilkan potret Shuib & Sarah

Permainan rubik cube, siapa sahaja yang tahan dengan kesusahan untuk menyamakan posisi warnanya. Bagi yang sudah biasa, pasti menganggapnya senang namun kebanyakannya tidak sanggup untuk memeningkan kepala.

Jadi apabila melihat seorang lelaki ini dengan bakatnya bermain rubik cube membuatkan ramai begitu kagum dengannya.

Menerusi media sosial, lelaki pandai bermain rubik cube ini viral dan menjadi bualan hangat wargamaya kerana bakatnya itu bukan biasa-biasa bagi mereka.

IMG_20210822_113652

Apatah lagi, difahamkan dia telah menggunakan 400 rubik cube bagi menghasilkan potret pasangan selebriti, Shuib dan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Melalui video yang tular dimana turut dikongsikan di ruangan Instagram Meletop memaparkan proses potret pasangan itu dihasilkan dengan begitu teliti sehingga akhirnya potret itu berjaya memikat hati ramai.

 

Bagi netizen, bakat yang ada pada lelaki berkenaan sangat next level, sehingga videonya turut sama mendapat tumpuan selebriti selebriti terkenal.

Malahan di ruangan komen, rata-rata netizen merasa kagum dengan bakat lelaki itu sekali gus dihujani dengan bermacam-macam pujian. Sangat kreatif!

“Hebat”

Cube

“Power gilaaaa…”

Cube

Netizen ruangan komen juga tergamam melihat bakat kreatif lelaki ini hasilkan potret itu dengan menggunakan rubik cube sehingga membuatkan netizen respect.

“Eleh setakat buat macam ni, aku pun tak boleh”

IMG_20210822_113616

“Orang kreatif ni memang aku respect”

Cube