“Hadiah hari jadi ibu…”-Shuib luah syukur, Ayash Affan dibenar pulang

“Hadiah hari jadi ibu…”-Shuib luah syukur, Ayash Affan dibenar pulang

Selepas lebih dari sebulan berada di hospital, akhirnya Shuib Sepahtu, akan membawa pulang anak bongsunya bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ayash Affan pada hari ini.

Hal ini dimaklumkan sediri Shuib di Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga keatas kurniaan yang Maha besar ini.

 

Dalam pada itu, pelawak dan juga usahawan berkenaan juga mengakui kepulangan anak bongsunya itu nanti di rumah akan menjadi hadiah yang sangat bernilai dari Allahyarham isterinya bersempena dengan hari lahir arwah pada esok hari iaitu 15 September.

 

Sehubungan dengan perkongsian yang di buat Shuib, rata-rata warganet telah mengucapkan syukur ke atas khabar gembira yang dibawa olehnya.

Mereka juga mendoakan agar anugerah terindah yang ditinggalkan oleh Siti Sarah kepada keluarga mereka akan menjadi pengubat rindu buat semua.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu