Habis ‘gaya’ dah pujuk, semua tak jadi, sekali baby diam bila Nurse ini tunjuk ‘skill’
Seorang jururawat terpaksa menjadi ‘buai bergerak’ gara-gara pesakitnya yang masih kecil itu tidak berhenti menangis walaupun hampir semua staff jururawat cuba untuk memujuknya namun tidak berhasil.
Nurse jadi buai bergerak pujuk si kecil
Menerusi video yang dimuat naik oleh Syeera di akaun Tiktok, kelihatan rakannya sedang mendodoi salah seorang bayi yang tidak henti menangis. Jururawat yang bernama Fida itu kelihatan bersungguh-sungguh bergerak ke kiri dan kanan bagi ‘menenangkan’ kanak-kanak itu
Patient ni menangis tak berhenti. Semua staff pujuk tak jalan. Selain buat kerja-kerja ppk, kerja kami mengasuh budak.
Bayi itu bagaimanapun berhenti menangis selang beberapa minit selepas didodoi. Video yang mendapat lebih 70 ribu tanda suka itu menerima perhatian netizen yang rata-rata memuji usaha jururawat yang bersunggguh-sungguh memberikan yang terbaik untuk pesakit
Gigih nurse dodoikan
@syeera_94 selain buat kerja2 ppk..kerja kami mengasuh budak🤪 #fyp #akakppk
‘Dia nak ajak misi bersenam tu’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan nurse berkenaan kerana masih bersabar memujuk si kecil itu. Malah ada juga di antara mereka yang berseloroh mengatakan bahawa kanak-kanak berkenaan ingin mengajaknya bersenam.
Sumber : syeera_94