Goreng ayam tapi warna minyak macam air coca-cola? rupa-rupanya…
Boleh dikatakan semua orang menggemari ayam goreng tidak kira bagaimana cara ia digoreng. Sama ada menggunakan kunyit, mahupun digoreng dengan tepung Bestari, rasa ayam goreng tetap sedap dan menyelerakan.
Namun tidak dapat dinafikan ayam-ayam goreng yang dijual di restoran makanan segera seperti KFC atau ayam yang dijual di gerai-gerai seperti Uncle Bob adalah antara ayam goreng kesukaan ramai.
Sebuah video yang tular baru-baru ini pula menunjukkan seorang pemilik gerai menjual ayam goreng besaiz satu ekor.
Semangat bang jualannya pic.twitter.com/j9n0W4inBe
— Dadad Sesa (@javafoodie_) May 8, 2021
Pemilik gerai tersebut dilihat sedang menggoreng beberapa ekor ayam di dalam kuali yang besar namun bukan ayam yang mencuri perhatian ramai.Peniaga yang dikenali sebagai Ady Ayam Sekor yang berasal dari Kelantan itu bukan sahaja menjual ayam goreng tetapi juga ayam pusing yang berharga RM20.Namun apa yang menarik perhatian penonton dalam video yang telah mencecah jutaan tontonan tersebut adalah warna minyak yang digunakan untuk menggoreng ayamnya.
Masak pakai Minyak Gamat ke? https://t.co/ZlPyA9EYCN
— Ghazalee Ibrahim (@GhazaleeIbr) May 11, 2021
Warna minyak di dalam kuali yang kelihatan hitam mengundang netizen untuk masing-masing cuba meneka adakah dia menggunakan minyak atau bahan lain untuk menggoreng ayamnya.Oleh kerana ramai juga yang menyangka dia tidak menukar minyak, lelaki tersebut membuat penjelasan di TikTok bahawa dia akan membuang separuh minyak yang telah digunakan dan menggantikan dengan minyak baru setiap hari.
@adieyadieylla77 always positif dlm mencari rezeki…#fyp #fypシ #tiktokganu #tiktokkelantan #adyayamsekor #foryoupage #syukuralhamdulillah